APDM untuk guru kelas – Kemaskini, pindah rekod murid

  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar/tambah rekod murid yang berpindah masuk atau rekodnya masih belum wujud lagi?

Pendaftaran murid boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak sekiranya data murid tersebut sudah ada di dalam senarai kelasnya. Klik pada nama murid untuk kemaskini maklumat murid tersebut dan maklumat ibu bapanya.
  2. Sekiranya nama murid tersebut tiada di dalam senarai, klik pada ‘Daftar Murid’ dan masukkan data sama ada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor passport atau tiada dokumen.
  3. Klik pada ‘Kemaskini Maklumat’ setelah selesai mengemaskini maklumat.

 

  • Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat murid?

 

Pendaftaran murid boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak sekiranya data murid tersebut sudah ada di dalam senarai kelasnya. Klik pada nama murid untuk kemaskini maklumat murid tersebut dan maklumat ibu bapanya.
  2. Sekiranya nama murid tersebut tiada di dalam senarai, klik pada ‘Daftar Murid’ dan masukkan data sama ada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor passport atau tiada dokumen.
  3. Klik pada ‘Kemaskini Maklumat’ setelah selesai kemaskini maklumat.

 

 

  • Bolehkah guru kelas mendapatkan data murid kelas saya?

 

Boleh. Pergi ke menu ‘Data Murid’. Di situ anda boleh memuat turun maklumat mengikut tingkatan/tahun dengan klik pada ‘Muat Turun Excel’ yang terdapat di penjuru kanan atas skrin. Data murid dan ibu bapa akan dimuat turun dalam format excel.

 

 

  • Bagaimanakah cara untuk buang/padam rekod murid yang telah berpindah keluar atau rekodnya bertindih?

 

Untuk buang/padam rekod murid ianya boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak nama murid tersebut di dalam senarai kelasnya. Klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih sebab rekod tersebut mahu dipadamkan daripada senarai murid kelas anda.
  3. Setelah selesai, Klik pada ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.

 

 

  • Bagaimanakah cara untuk menukar kelas murid disebabkan penyusunan semula kelas?

 

Kemaskini/pertukaran kelas murid boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak nama murid tersebut di dalam senarai kelasnya, kemudian klik ‘Kemakini Kelas’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih kelas terkini bagi murid tersebut daripada pilihan kelas yang dipaparkan.
  3. Setelah selesai, klik pada ‘Kemaskini’ untuk menukar kelas murid tersebut atau ‘Batal’ untuk batalkan pilihan.

 

 

  • Bagaimanakah cara untuk Pengetua/Guru Besar/PK2 membuat pengesahan permohonan sekolah Kawalan?

 

  1. Admin APDM sekolah perlu menyemak beberapa perkara dahulu sebelum membuat pengesahan data murid
  2. Admin APDM sekolah perlu mendaftarkan Pengetua/Guru Besar/PK2 di dalam APDM melalui menu ‘Pentadbir Sekolah’.
  3. Pengetua/Guru Besar/PK2 log masuk ke dalam sistem APDM menggunakan nombor kad pengenalan Pengetua/Guru Besar/PK2 dan kata laluan yang telah dimaklumkan oleh Admin APDM sekolah.
  4. Admin APDM sekolah boleh menyemak kata laluan default (yang telah ditentukan oleh sistem) atau reset kata laluan Pengetua/Guru Besar/PK2 sekiranya mereka terlupa kata laluan pada menu ‘Pentadbir Sekolah’.
  5. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu ‘Sekolah Kawalan’. Hanya permohonan yang berstatus ‘Menunggu Pengesahan Guru Besar’ sahaja dibenarkan untuk dibuat pengesahan. Pengesahan dibuat dengan menekan butang ‘Sahkan Permohonan’.
  6. Pengetua/Guru Besar/PK2 akan dipaparkan dengan permohonan tersebut terlebih dahulu untuk diteliti dan setelah itu perlu tandakan pada kotak ‘Saya mengesahkan permohonan ini’.
  7. Bagi status ‘Permohonan Belum Disahkan’, ianya bermaksud permohonan masih belum diserah dan dicetak oleh pemohon/guru kelas.
  8. Bagi status ‘Menunggu Kemasukan Data Akademik’, ianya bermaksud guru kelas belum membuat pengisian markah akademik bagi permohonan tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download