Daftar guru kelas baru atau menukar guru kelas APDM

Admin APDM terlebih dahulu perlu log masuk ke sistem. Caranya ialah dengan memasukkan:

  1. ID Pengguna: kod sekolah (gunakan huruf besar tanpa spacebar atau sebarang symbol. Contohnya ABC1234).
  2. Kata Laluan: ####### (sebagai langkah keselamatan, disarankan supaya anda menukar kata laluan yang diberikan oleh sistem (default password) setelah anda log masuk buat pertama kali, dengan menekan menu ‘Tukar Kata Laluan’)

Daftar guru kelas baru dan menukar guru kelas yang sedia ada APDM

  1. Admin APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sedia ada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Klik pada menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  3. Klik pada menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sedia ada sekiranya ingin mengemaskini/menukar guru kelas sedia ada.
  4. Setelah selesai mengemaskini maklumat, klik pada menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk menyimpan data.

Buang kelas yang sedia

  1. Admin APDM sekolah boleh pergi ke menu ‘Pendaftaran Kelas’ untuk padam/buang kelas sedia ada.
  2. Klik pada menu ‘Padam’ di hujung nama kelas yang telah sedia ada sekiranya anda mahu padam/buang kelas tersebut.
  3. Sila pastikan kelas yang hendak dipadam/dibuang tiada murid di dalam kelas tersebut bagi mengelakkan nama murid yang terdapat di dalamnya juga turut terpadam/terbuang. Kemaskini dahulu kelas pelajar-pelajar ini melalui menu ‘Data Murid’ dan ‘Kemaskini Kelas’ sebelum anda memadam/membuang kelas tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download