Faq APDM guru kelas dan admin

APDM GURU KELAS

Apakah laman sesawang bagi Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)?

Laman sesawang bagi Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) ialah https://apdm.moe.gov.my

  • Bagaimanakah caranya bagi guru kelas untuk log masuk ke dalam sistem APDM?

Pastikan guru kelas telah didaftarkan oleh Admin APDM terlebih dahulu untuk menggunakan sistem ini. Caranya ialah dengan memasukkan:

  1. ID Pengguna: no kad pengenalan guru (tanpa simbol sengkang/dash. Contoh: 123456989123).
  2. Kata Laluan: ####### (sebagai langkah keselamatan, disarankan supaya anda menukar kata laluan yang diberikan oleh sistem (default password) setelah log masuk buat pertama kali dengan menekan menu ‘Tukar Kata Laluan’)
  • Bagaimanakah caranya untuk mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sedia ada?

Guru kelas boleh melakukannya dengan meminta Admin APDM sekolah mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sedia ada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

  • Bagaimanakah caranya untuk mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sedia ada?

Guru kelas boleh melakukannya dengan meminta Admin APDM sekolah mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sedia ada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

  • Bagaimanakah caranya untuk padam/buang kelas sedia ada?

Guru kelas boleh melakukannya dengan meminta Admin APDM sekolah pergi ke menu ‘Pendaftaran Kelas’ untuk padam/buang kelas sedia ada.

  • Bagaimanakah cara untuk guru kelas membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi kelas beliau?

Guru kelas boleh melakukannya dengan meminta Admin sekolah membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas atau kemaskini maklumat sedia ada dengan klik pada menu ‘Pendaftaran Kelas’.

  • Bagaimana pula sekiranya guru kelas lupa kata laluan?

Sila hubungi Admin sekolah tersebut dan minta untuk reset kata laluan. Admin sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Kata Laluan’ pada ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukar kata laluan sedia ada kepada default password.

  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar/tambah rekod murid yang berpindah masuk atau rekodnya masih belum wujud lagi?

Pendaftaran murid boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak sekiranya data murid tersebut sudah ada di dalam senarai kelasnya. Klik pada nama murid untuk kemaskini maklumat murid tersebut dan maklumat ibu bapanya.
  2. Sekiranya nama murid tersebut tiada di dalam senarai, klik pada ‘Daftar Murid’ dan masukkan data sama ada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor passport atau tiada dokumen.
  3. Klik pada ‘Kemaskini Maklumat’ setelah selesai mengemaskini maklumat.
  • Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat murid?

Pendaftaran murid boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak sekiranya data murid tersebut sudah ada di dalam senarai kelasnya. Klik pada nama murid untuk kemaskini maklumat murid tersebut dan maklumat ibu bapanya.
  2. Sekiranya nama murid tersebut tiada di dalam senarai, klik pada ‘Daftar Murid’ dan masukkan data sama ada nombor kad pengenalan, nombor sijil lahir, nombor passport atau tiada dokumen.
  3. Klik pada ‘Kemaskini Maklumat’ setelah selesai mengemaskini maklumat.
  • Bolehkah guru kelas mendapatkan data murid kelas saya?

Boleh. Pergi ke menu ‘Data Murid’. Di situ anda boleh memuat turun maklumat mengikut tingkatan/tahun dengan klik pada ‘Muat Turun Excel’ yang terdapat di penjuru kanan atas skrin. Data murid dan ibu bapa akan dimuat turun dalam format excel.

  • Bagaimanakah cara untuk buang/padam rekod murid yang telah berpindah keluar atau rekodnya bertindih?

Untuk buang/padam rekod murid ianya boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak nama murid tersebut di dalam senarai kelasnya. Klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih sebab rekod tersebut mahu dipadamkan daripada senarai murid kelas anda.
  3. Setelah selesai, Klik pada ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.
  • Bagaimanakah cara untuk menukar kelas murid disebabkan penyusunan semula kelas?

Kemaskini/pertukaran kelas murid boleh dibuat oleh guru kelas masing-masing melalui ‘Data Murid’.

  1. Semak nama murid tersebut di dalam senarai kelasnya, kemudian klik ‘Kemakini Kelas’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih kelas terkini bagi murid tersebut daripada pilihan kelas yang dipaparkan.
  3. Setelah selesai, klik pada ‘Kemaskini’ untuk menukar kelas murid tersebut atau ‘Batal’ untuk batalkan pilihan.
  • Bagaimanakah cara untuk Pengetua/Guru Besar/PK2 membuat pengesahan permohonan sekolah Kawalan?
  1. Admin sekolah perlu mendaftarkan Pengetua/Guru Besar/PK2 di dalam APDM melalui menu ‘Pentadbir Sekolah’.
  2. Pengetua/Guru Besar/PK2 log masuk ke dalam sistem menggunakan nombor kad pengenalan Pengetua/Guru Besar/PK2 dan kata laluan yang telah dimaklumkan oleh Admin sekolah.
  3. Admin sekolah boleh menyemak kata laluan default (yang telah ditentukan oleh sistem) atau reset kata laluan Pengetua/Guru Besar/PK2 sekiranya mereka terlupa kata laluan pada menu ‘Pentadbir Sekolah’.
  4. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu ‘Sekolah Kawalan’. Hanya permohonan yang berstatus ‘Menunggu Pengesahan Guru Besar’ sahaja dibenarkan untuk dibuat pengesahan. Pengesahan dibuat dengan menekan butang ‘Sahkan Permohonan’.
  5. Pengetua/Guru Besar/PK2 akan dipaparkan dengan permohonan tersebut terlebih dahulu untuk diteliti dan setelah itu perlu tandakan pada kotak ‘Saya mengesahkan permohonan ini’.
  6. Bagi status ‘Permohonan Belum Disahkan’, ianya bermaksud permohonan masih belum diserah dan dicetak oleh pemohon/guru kelas.
  7. Bagi status ‘Menunggu Kemasukan Data Akademik’, ianya bermaksud guru kelas belum membuat pengisian markah akademik bagi permohonan tersebut.

ADMIN APDM

  • Apakah laman sesawang bagi Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)?

Laman sesawang bagi Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) sama, kunjungi laman ini: https://apdm.moe.gov.my

  • Bagaimanakah caranya bagi Admin sekolah untuk log masuk ke dalam sistem APDM?

Caranya ialah dengan memasukkan:

  1. ID Pengguna: kod sekolah (gunakan huruf besar tanpa spacebar. Contoh: ABC1234).
  2. Kata Laluan: ####### (sebagai langkah keselamatan, disarankan supaya anda menukar kata laluan yang diberikan oleh sistem (default password) setelah log masuk buat pertama kali dengan menekan menu ‘Tukar Kata Laluan’)
  • Bagaimanakah caranya untuk mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sedia ada?
  1. Admin sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sedia ada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Klik pada menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  3. Klik pada menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sedia ada sekiranya ingin mengemaskini/menukar guru kelas sedia ada.
  4. Setelah selesai mengemaskini maklumat, klik pada menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk menyimpan data.
  • Bagaimanakah caranya untuk mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sedia ada?
  1. Admin sekolah boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sedia ada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Klik pada menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  3. Klik pada menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sedia ada sekiranya ingin mengemaskini nama kelas tersebut.
  4. Setelah selesai mengemaskini maklumat, klik pada menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk menyimpan data.
  • Bagaimanakah caranya untuk padam/buang kelas sedia ada?
  1. Admin sekolah boleh pergi ke menu ‘Pendaftaran Kelas’ untuk padam/buang kelas sedia ada.
  2. Klik pada menu ‘Padam’ di hujung nama kelas yang telah sedia ada sekiranya anda mahu padam/buang kelas tersebut.
  3. Sila pastikan kelas yang hendak dipadam/dibuang tiada murid di dalam kelas tersebut bagi mengelakkan nama murid yang terdapat di dalamnya juga turut terpadam/terbuang. Kemaskini dahulu kelas pelajar-pelajar ini melalui menu ‘Data Murid’ dan ‘Kemaskini Kelas’ sebelum anda memadam/membuang kelas tersebut.
  • Bagaimanakah caranya untuk mengesahkan kesemua data murid?
  1. Admin sekolah perlu menyemak beberapa perkara dahulu sebelum membuat pengesahan data murid:

– Klik pada menu ‘Data Murid’ dan pastikan jumlah keseluruhan murid serta bilangan murid mengikut kelas adalah betul dan tepat termasuklah jantina mereka. Skrin yang dipaparkan adalah mengikut tingkatan/kelas serta jantina (bagi paparan mengikut kelas, klik pada nama tingkatan/tahun yang berkenaan).

– Klik juga pada menu ‘Data Murid’ bagi menyemak data murid yang telah dikemaskini oleh guru kelas. Kemudian gerakkan cursor menuju ke perkataan ‘Kelas’. Di situ, semua kelas mengikut tingkatan/tahun akan dipaparkan. Klik pada nama kelas yang berkenaan untuk melihat senarai nama murid. Anda boleh menyemak maklumat murid dan juga maklumat ibu bapa dengan klik pada nama murid yang berkenaan. Klik pada ‘Paparan pendapatan penjaga pertama dan penjaga kedua’ sekiranya ingin menyemak maklumat pendapatan ibu bapa.

  1. Admin sekolah boleh klik pada menu ‘Data Murid’ dan kemudiannya pergi ke bahagian bawah skrin yang bertulis ‘Semua data murid seperti di atas telah dikemaskini’ untuk mengesahkan kesemua data murid di bawah sekolahnya. Pihak yang berkenaan seperti PPD, JPN dan KPM akan dimaklumkan berkenaan data tersebut yang telah disahkan oleh pentadbiran/pengurusan sekolah.
  • Bilakah kesemua data murid ini perlu disahkan Admin APDM sekolah?

Pengesahan perlu dibuat dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan hilang dan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pihak PPD, JPN dan KPM akan membuat pemantauan untuk memastikan data murid yang terdapat di dalam APDM adalah yang terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM dari semasa ke semasa.

  • Bagaimanakah cara untuk pihak sekolah membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas?
  1. Admin APDM sekolah boleh membuat laporan pelaksanaan MBMMBI bagi setiap kelas atau kemaskini maklumat sedia ada dengan klik pada menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  2. Kemudian klik pada menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  3. Seterusnya klik pada menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sedia ada sekiranya mahu mengemaskini laporan MBMMBI kelas tersebut.
  4. Apabila sudah selesai, klik pada menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk menyimpan maklumat tersebut.
  • Bagaimana sekiranya admin APDM lupa kata laluan?

Sila hubungi PPD sekolah tersebut dan minta Admin APDM di PPD untuk reset kata laluan.

  • Bagaimana pula sekiranya guru kelas lupa kata laluan?

Sila hubungi Admin sekolah tersebut dan minta untuk reset kata laluan. Admin sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Kata Laluan’ pada ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukar kata laluan sedia ada kepada default password.        

  • Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat sekolah?
  1. Kemaskini maklumat sekolah boleh dibuat oleh Admin sekolah.
  2. Klik pada menu ‘Kemaskini’ di laman utama aplikasi.
  3.  Setelah selesai kemaskini, klik pada menu ‘Kemaskini Maklumat Sekolah’ untuk menyimpan maklumat.
  • Bolehkah Admin APDM mendapatkan data murid sekolah saya?

Boleh. Pergi ke menu ‘Data Murid’. Di situ anda boleh memuat turun maklumat mengikut tingkatan/tahun dengan klik pada ‘Muat Turun Excel’ yang terdapat di hujung nama. Data murid dan ibu bapa akan dimuat turun dalam format excel.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download