Kemaskini Modul Pengurusan Murid 2018 dalam APDM

Dimaklumkan bermula pada 1 Januari 2017, semua aplikasi yang berasaskan data murid akan menggunakan Modul Pengurusan Murid (MPM), iaitu satu pangkalan data tunggal dalam APDM.
Kemaskini MPM 2017
Di bawah inisiatif #43 Pembangunan Repositori Data dan Pembangunan dashboard Kementerian Pendidikan Malayia (KPM) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, semua data murid akan dijadikan sebagai repositori data murid.  Selaras dengan itu, semua sekolah diminta melakukan tindakan yang dinyatakan dalam surat rasmi kementerian yang dapat diakses pada pautan berikut.

Selain itu, pihak kementerian sangat menekankan cara login masuk yang betul semasa proses kemaskini bagi mengelakkan sebarang masalah yang bakal merencatkan keseluruhan proses. Diingatkan anda agar mengikut setiap langkah yang disediakan di bawah supaya segala maklumat diisi dengan betul dan tepat tanpa sebarang kesalahan.

Cara Log In yang betul

1. Pergi ke bahagian log in.
2. Masukkan username di bahagian ID Pengguna. Contoh: Kod Sekolah (huruf besar tanpa jarak : ABC123).
3. Masukkan kata laluan yang telah diberikan secara default.
4. Digalakkan tukar kata laluan default untuk tujuan keselamatan.

Tambahan lagi, bagi maklumat guru-guru, maklumat dan skop data yang ada tersimpan dengan rapi dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Semua data murid termasuk murid berkeperluan khas terkumpul seawal Darjah  1 hingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi.  Untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai sistem online ini, anda dinasihatkan untuk terlebih dahulu mengenali semua data atau butang yang disediakan dalam sistem.

Berikut merupakan data yang ada dalam APDM online:

  • Profil murid, ibu bapa dan penjaga
  • Bantuan dan Kebajikan
  • Pendaftaran Tahun 1
  • Enrolmen Murid, Peralihan dan Tingkatan 1
  • Kehadiran
  • Penetapan Subjek
  • Disiplin
  • Asrama
Salah satu cara mahir kan diri anda dengan sistem online  ini, anda dinasihatkan untuk mengetahui semua data ataupun butang yang ada dalam sistem ini. Antara data yang ada dalam APDM online ialah profil murid, Ibu Bapa dan Penjaga,Bantuan dan Kebajikan, Pendaftaran Tahun 1, Enrolmen Murid, Peralihan dan Tingkatan 1, Kehadiran, Penetapan Subjek, Disiplin dan Asrama.

Pelbagai sektor pengurusan pendidikan seperti peringkat perkembangan, pengoperasian dan penghasilan laporan serta statistik semua murid akan menggunakan data-data Pengurusan Murid ini.

Semoga sedikit maklumat tentang Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM dapat membantu para guru kelas dalam mengemaskini data murid masing-masing dengan lebih mudah. Panduan APDM untuk berbuat demikian boleh merujuk kepada post ini. Bersama kita teguh memacu lebih kejayaan pada tahun 2018 yang akan datang!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download