Lupa kata laluan (password) APDM

Adalah tidak digalakkan APDM berkongsi password sesama admin atas dasar keselamatan yang ditentukan KPM. Namun masih terdapat beberapa kes lupa kata laluan admin yang dilaporkan kepada team sokongan dalam talian APDM. Diminta admin menukarkan default password dan berhenti kongsikan satu password dalam kalangan guru.

forgot password apdm

Boleh menghubungi PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan minta Admin APDM di PPD untuk reset kata laluan. Nombor telefon atau email PPD boleh didapati dengan carian google. Contohnya ppd sekolah selangor untuk senarai PPD di negeri Selangor.

 

  • Bagaimana pula sekiranya guru kelas yang lupa kata laluan (password)?

 

Boleh hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta untuk reset kata laluan di sistem APDM. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Kata Laluan’ pada ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukar kata laluan sedia ada kepada default password.   

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download