Panduan SSO (Single Sign On) untuk Sekolah

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi SSO

Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. Permudahan ini dilancarkan KPM bagi beberapa sistem utama yang digunakan di peringkat sekolah. Salah satunya ialah APDM (Aplikasi Pangakalan Data Murid)

 

1.2 Objektif

Objektif SSO adalah untuk:

  • membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password. SSO mengurangkan kehilangan dan kekeliruan pengguna ketika menggunakan sistem online KPM.

1.3 Kumpulan pengguna

Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Senarai sistem yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini.

KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

 

1.4 URL SSO

URL untuk SSO KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

 

1.5 Maklumat penting bagi penggunaan SSO

  1. Pengguna boleh mendaftar masuk melalui APDM, eOperasi dan eMIS.
  2. SSO sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox atau Internet Explorer versi 10 dan resolusi skrin 1024 x 768 pixels.
  3. Mohon pastikan pengguna log out (log keluar) terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain
  4. Mohon juga log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah menggunakan perkhidmatan ini.

Panduan SSO (Single Sign On) untuk Sekolah

2.1 Pendaftaran kali pertama

  • Sistem eMIS.
  1. Log masuk ke dalam sistem eMIS menggunakan LoginID dan Katalaluan.
  2. Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.

 

Log Masuk SSO

  1. Klik Daftar SSO sekarang.

Daftar SSO

  1. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.

Daftar SSO

 

  • Sistem APDM
  1. Log masuk ke dalam sistem APDM menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan.
  2. Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.

Daftar APDM

  1. Klik Daftar SSO sekarang.

4. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.

Daftar SSO

 

  • Sistem eOperasi.
  1. Log masuk ke dalam sistem eOperasi menggunakan LoginID, Katalalaun dan No. KP.
  2. Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.

Sistem Operasi

  1. Klik Daftar SSO sekarang.
  2. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.
  3. Seterusnya, pergi ke link https://sps1.moe.gov.my .Klik Log Masuk.
  4. Masukkan No.KP dan kata laluan yang telah didaftarkan. Klik LOG MASUK

 

2.2 Cara Mengakses Sistem

  1. Klik MENU untuk paparan senarai sistem.

Mengakses sistem SSO

  1. Klik Pengurusan Sekolah untuk akses ke sistem berkaitan dengan sekolah.

Cara mengakses SPS

  1. Senarai Pengurusan Sekolah akan dipaparkan.
  2. Klik Pengurusan Guru untuk akses ke sistem berkaitan dengan guru.
  3. Senarai sistem akan dipaparkan.
  4. Klik Pengurusan Murid untuk akses ke sistem berkaitan dengan murid.
  5. Senarai sistem akan dipaparkan.

Senarai Sistem

  1. Sekiranya pengguna mempunyai akses, pengguna boleh membuat capaian ke sistem berkenaan. Contohnya, untuk eOperasi, skrin akan tertera di bawah apabila pengguna akses ke sistem tersebut.
  2. Sekiranya pengguna tiada akses, mesej “anda tiada akses/ sila hubungi pentadbir sistem / tiada rekod dalam sistem” akan dipaparkan.

2.3 Pertukaran Kata Laluan

  1. Untuk tukar kata laluan, slik klik “Tukar Password”.
  2. Ikut arahan yang dipaparkan.

 

2.4 Tindakan sekiranya lupa kata laluan (Cara reset kata laluan)

  1. Klik tab LUPA PASSWORD pada laman utama.
  2. Masukkan alamat emel yang digunakan semasa log masuk SSO kali pertama.
  3. Klik “Hantar password ke emel.”
  4. K lik o.k.
  5. Kata laluan pengguna akan diset semula dengan kata laluan sementara. Kata laluan tersebut akan dihantar ke emel penerima.

 

2.5 Permohonan mendapatkan akses ke sistem yang diperlukan

  1. Pengguna di sekolah perlu berhubung dengan admin sistem berkenaan untuk mendapatkan akses. Senarai admin bagi sistem terlibat adalah seperti berikut.
Senarai sistem Admin
APDM
PK Hem
SSDM
eSPBT
ePelepasan PK Koko
eOperasi
eGTukar
eProfil PK1
ePrestasi
ePangkat
Tatatertib
Program Transformasi Minda
EMIS Guru Data
eGraduan N/A

 

LAMPIRAN A

Untuk Fasa 1 Pelaksanaan SSO, sistem yang terlibat adalah seperti yang berikut:

Modul Pengurusan Sistem terlibat
Murid APDM SSDM
eSPBT
Guru eOperasi eGtukar
eGraduan
eProfil ePrestasi
ePangkat
ePelepasan
Tatatertib
PTM
Sekolah EMIS

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download