Pengesahan Maklumat Kelahiran dalam sistem MPM dan APDM dengan JPN

YBhg. Datuk/Tuan/Puan

Pengesahan Maklumat Kelahiran dalam MPM dan APDM dengan Jabatan Pendaftaran Negara

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat murid di dalam Modul Pengurusan Murid (MPM) dan aplikasi-pangkalan data murid (APDM) dibaca dari data kelahiran yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

3.      Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negara (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan sekolah boleh membuat pengesahan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara peringkat negeri berkenaan jika terdapat ralat dalam maklumat tersebut. Semua permohonan dengan Jabatan Pendaftaran Negara peringkat negeri perlulah dilampirkan bersama salinan dokumen berkaitan yang sudah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan.

4.      Pindaan status warganegara yang telah disahkan perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Manakala, pindaan pada nama, kaum, agama dan jantina boleh dihantar kepada pegawai APDM di JPN masing-masing setelah pengesahan diperolehi daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

5.       Bersama-sama ini disertakan proses kerja bagi mendapat pengesahan maklumat kelahiran dengan Jabatan Pendaftaran Negara peringkat negeri. Segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini boleh diemelkan kepada (apdm.team@moe.gov.my) atau hubungi Cik Siti Rafidah Sariman di talian 03-8884915.

Sekian, terima kasih

“Sehati Sejiwa”

“Berkhidmat Untuk Negara”

 

PROSES KERJA PENGESAHAN DAN PINDAAN MAKLUMAT KELAHIRAN DENGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PERINGKAT NEGERI.

  1.  Guru Kelas menyemak dokumen asal dan salinan bagi mengesahkan maklumat
  2. Sekolah/PPD mengumpulkan dokumen berkaitan yang telah disahkan oleh PGB dan senarai nama serta dihantar ke pegawai APDM, JPN, untuk semakan.

JIKA YA (PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI)

  1. Dokumen dan senarai nama disemak terlebih dahulu dalam sistem MyIdentity oleh pegawai APDM,JPN.
  2. Pindaan maklumat selain warganegara boleh dilakukan oleh pegawai APDM,JPN.
  3. Bagi pindaan status warga negara dalam APDM, salinan dokumen maklumat murid yang telah disahkan oleh Pendaftaran Negara peringkat negeri perlu di emailkan kepada apdm.team@moe.gov.my

JIKA TIDAK

  1.  Dokumen yang telah disahkan beserta surat iringan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara peringkat negeri untuk pengesahan

JIKA YA ( PERINGKAT BPSH & JABATAN PENDIDIKAN NEGARA)

  1. BPSH, KPM melakukan pindaan status warganegara murid.

JIKA TIDAK

  1. Pihak Jabatan Pendaftaran Negara akan melakukan siasatan lanjut.

Proses pengesahan dan pindaan maklumat jabatan pendaftaran peringkat negeri

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download