Soalan popular SSO yang sering ditanya

  1. Adakah pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan SSO melalui URL asal ( laman utama) mereka?

Jawapan: Ya, pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan menggunakan URL asal. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati semua kemudahan yang disediakan dalam SSO sekiranya mereka menggunakan URL tersebut.

  1. Adakah pengguna boleh mengakses lebih daripada satu sistem pada masa yang sama tanpa melalui laman SSO KPM?

Jawapan: Ya, tetapi pengguna perlu memasukkan sekali lagi ID pengguna dan password untuk log masuk ke sistem kedua dan seterusnya. Ciri SSO tidak boleh digunakan sekiranya pengguna tidak menggunakan laman SSO KPM untuk mengakses sistem berlainan pada masa yang sama.

  1. Adakah SSO boleh digunakan oleh pengguna luar KPM yang mempunyai akses ke sesuatu sistem?

Jawapan: Tidak. Pada masa kini, penggunaan SSO hanya terhad kepada pengguna KPM yang berdaftar dengan menggunakan No KP dalam sistem dan sistem yang terlibat sahaja.

  1. Bagaimanakah pengguna luar seperti ibu bapa dan wakil badan berkanun dapat mengakses sistem terlibat

Jawapan: Pengguna luar KPM boleh mengakses sistem melalui laman utama atau URL asal sistem tersebut.

  1. Adakah SSO akan terus dibangunkan untuk sistem KPM lain?

Jawapan: Ya. KPM akan membangunkan ciri SSO untuk sistem lain yang akan dikenalpasti dan makluman berkenaan perkara ini akan dibuat melalui laman SPS dari semasa ke semasa.

  1. Apakah pelan tindakan KPM untuk penambahbaikan SSO?

Jawapan: KPM akan memantau isu dan masalah yang dilaporkan sepanjang tempoh pelaksanaan versi beta dan membuat penambahbaikan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

  1. Bagaimanakah pengguna boleh berhubung dengan KPM sekiranya pengguna ingin membuat aduan atau pertanyaan berkenaan penggunaan SSO?

Jawapan: Pengguna boleh hantar emel kepada ssokpm@moe.gov.my atau mengisi borang laporan isu di https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download