Tarikh Pengesahaan data murid APDM

Tarikh Pengesahaan data murid APDM

Admin sekolah perlu menyemak beberapa perkara dahulu sebelum membuat pengesahan data murid di APDM:

  1. Klik pada menu ‘Data Murid’ dan pastikan jumlah keseluruhan murid serta bilangan murid mengikut kelas adalah betul dan tepat termasuklah jantina mereka. Skrin yang dipaparkan adalah mengikut tingkatan/kelas serta jantina (bagi paparan mengikut kelas, klik pada nama tingkatan/tahun yang berkenaan).
  2. . Klik juga pada menu ‘Data Murid’ bagi menyemak data murid yang telah dikemaskini oleh guru kelas. Kemudian gerakkan cursor menuju ke perkataan ‘Kelas’. Di situ, semua kelas mengikut tingkatan/tahun akan dipaparkan.
  3. Klik pada nama kelas yang berkenaan untuk melihat senarai nama murid. Anda boleh menyemak maklumat murid dan juga maklumat ibu bapa dengan klik pada nama murid yang berkenaan. Klik pada ‘Paparan pendapatan penjaga pertama dan penjaga kedua’ sekiranya ingin menyemak maklumat pendapatan ibu bapa.

* Admin APDM sekolah boleh klik pada menu ‘Data Murid’ dan kemudiannya pergi ke bahagian bawah skrin yang bertulis ‘Semua data murid seperti di atas telah dikemaskini’ untuk mengesahkan kesemua data murid di bawah sekolahnya. Pihak yang berkenaan seperti PPD, JPN dan KPM akan dimaklumkan berkenaan data tersebut yang telah disahkan oleh pentadbiran/pengurusan sekolah.

Bilakah kesemua data murid ini perlu disahkan Admin sekolah?

Pengesahan APDM perlu dibuat dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan hilang dan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pihak PPD, JPN dan KPM akan membuat pemantauan untuk memastikan data murid yang terdapat di dalam APDM adalah yang terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM dari semasa ke semasa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

apk download pdf download mp3 download